Sahur, berbuka, Sahur, berbuka. Sedar-sedar je kita sedang menghampiri fasa ketiga Ramadhan. Eloklah kita pandang-pandang belakang, buat kira-kira tengok apa yang telah kita achieve sepanjang hari-hari Ramadhan lepas.
‘Sesiapa yang berpuasa dengan iman dan mengharapkan keredhaan Allah, diampuni dosanya yang terdahulu, dan sesiapa yang membangunkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, diampuni dosanya yang terdahulu, dan sesiapa yang membangunkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, diampuni dosanya yang terdahulu. (Hadis Muttafaqun Alaih)
Jadi, adakah by now, kita ini sedang berada dalam keredhaan Allah, dan dosa kita yg lepas telah pun dihapuskan oleh Allah? Atau, sepanjang 2-3 minggu ni kita masih lagi berlapar dahaga, hanya bersahur pukul 5, berbuka pukul 7?
Adakah kita telah menghidupkan malam2 Ramadan dengan ke masjid, bacaan Quran yg extensive, zikir dan qiamullail. Atau kita masih bermain-main dengan konsep bulan Ramadan ini waktu riang-ria berbuka bersama kawan-kawan?
Adakah kita telah ada bahagian harta yang siap di infaqkan, atau kita masih mewah berbelanja di bazar ramadan?
.
Apa pun jawapannya, dan dimana pun kedudukan kita sekarang, alhamdulillah kita masih ada lagi hari2 terakhir Ramadhan utk diraikan. Kalau belum sampai ke tahap yg sepatutnya, inilah masa yg patut kita curi dalam satu tahun ni. Kalau rasa dah hebat kita usahakan, inilah masa untuk kita gegarkan dengan amalan2 yg lebih power. Sebab kehebatan dan tawaran ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan ni bukan calang-calang.
“Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.” (Riwayat Bukhari)
.
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr 97: 1-5)
.
Syed Qutb dalam tulisannya, Fi Zilalil Quran, membayangkan malam Lailatul Qadar ni macam satu pesta keraian dimana para malaikat turun membawa urusan yg telah ditetapkan Allah. So cuba kita bayangkan sekejap, situasi ni.
Pada malam tu, malaikat-malaikat dari kerajaan Allah yg amat besar turun bersaf-saf dari pintu-pintu langit yg terbuka. Malaikat-malaikat ni, turun untuk mengatur setiap urusan yg Allah dah tetapkan macam satu pesta yang besar atas bumi kita ni dan dipersaksikan oleh satu planet. Malam tu, sejahtera segala apa yang ada dibumi kita ini sampai terbit fajar. Ini satu worldwide event yang diberkati dan diarahkan terjadinya oleh Tuhan semesta alam yang menguasai segala sesuatu. Bayangkan. Dan waktu berlakunya peristiwa yang hebat dan beyond imagination diseluruh pelusuk dunia ni, .. disebuah bilik, kita sedang tidur, peluk bantal.
.
Ok, apa yg selalu terjadi bila satu worldwide event berlaku? Contoh, worldcup, total solar eclipse, 11 September, tsunami etc. Semua orang berlumba-lumba nak tau pasal events ni, nak tengok dgn mata kepala sendiri, terjaga dari tidur yg lama, sebab benda ni bukan selalu jadi, apetah lagi bila jadi event yg besar. Jadi logik tak, kita orang yang mengaku kewujudan dan kebesaran Allah, tak kesah langsung pasal event pada malam ni?
‘Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yg bertakwa’ (Ali Imran 133)
.
As a closing note, mari kita saling ingat mengingatkan yang amalan2 yang kita bangunkan sepanjang bulan ini bukanlah Ramadhan-eksklusif. Let Ramadhan be a platform for our extensive training, yang insyaAllah membantu kita sepanjang tahun sebab “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” (Riwayat Bukhari)
Cuma, rebutlah peluang selagi mana kita masih berjumpa Ramadhan. Hidup kita ni pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh di bulan yg didalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Advertisement